"Kita bermula di Kemaman, lepas itu di Besut. Selepas itu, kita akan adakan pula di daerah-daerah lain nanti di seluruh Terengganu - Hadi
Perhimpunan besar-besaran bagi gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno di Terengganu bagi kali kedua dijangka akan diadakan 5 Mac depan.
Jika tidak diadakan pada tarikh itu pun, perhimpunan bagi kali kedua itu tetap akan diadakan pada bulan Mac depan dan tempatnya telah ditentukan di daerah Besut.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, perhimpunan tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari kalangan penduduk Besut, tetapi juga seluruh penduduk Terengganu.
Menurut beliau, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan sambutan hangat oleh rakyat Terengganu terhadap perhimpunan PAS Ganti Umno bagi kali pertama di Kemaman bulan lalu sehingga disertai sekitar 40,000 orang.
"Kedatangan sebanyak itu sedikit sebanyak bolehlah dikatakan sebagai bukti kemahuan rakyat Terengganu agar gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno benar-benar menjadi kenyataan pada pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
Ekoran itu, Umno Terengganu kini menjadi semakin cemas kerana kebangkitan gelombang itu di kalangan rakyat Terengganu sememangnya disedari oleh mereka sendiri.
"Perkara itu antara lain boleh dikesan dari kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri baru-baru ini yang mengingatkan para pemimpin Umno di Terengganu agar mencontohi sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS," katanya.
Kenyataan Ahmad Said itu, menurut beliau, merupakan kenyataan yang jelas lahir dari golongan orang yang terdesak kerana ia ternyata memberikan pujian kepada PAS.
"Kenyataan seperti itu tidak akan dikeluarkan jika Umno tidak berada dalam keadaan terdesak, tetapi untuk kepentingan Umno, ia terpaksa dinyatakan bagi memberikan ingatan kepada para pemimpin Umno di Terengganu sendiri supaya mengambil contoh yang baik dari PAS," tegasnya.
Umno di Terengganu kini berada dalam keadaan semakin genting ekoran perbalahan sesama sendiri di kalangan pemimpinnya sehingga ada yang sangguh menjatuhkan antara satu sama lain.
Keadaan itu amat berbeza dengan sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang bukan sahaja tidak berbalah sesama sendiri untuk merebut jawatan dan kekayaan, tetapi saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain sehingga menjadikan PAS di Terengganu khususnya menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari.
Dalam masa yang sama, Umno pula menjadi semakin lemah. Selain perbalahan sesama sendiri, mereka juga turut gagal memberikan tumpuan bagi kebajikan rakyat.
"Inilah antara punca yang menyebabkan rakyat Terengganu semakin hilang keyakinan kepada Umno sekarang dan berhasrat untuk memberikan amanah kepada PAS bagi menggantikan Umno.
"Perhimpunan kebangkitan PAS Ganti Umno pula sememangnya semakin mencemaskan Umno. Perhimpunan ini sememangnya memberikan kesan yang cukup baik kepada PAS dan ia akan diadakan secara berterusan di seluruh Terengganu sehingga pilihanraya umum akan datang.
"Kita bermula di Kemaman, lepas itu di Besut. Selepas itu, kita akan adakan pula di daerah-daerah lain nanti di seluruh Terengganu, insya Allah," tegas beliau.-Sumber : HarakahDaily
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment