Showing posts with label Ceramah Anwar di Merlimau. Show all posts
Showing posts with label Ceramah Anwar di Merlimau. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Ceramah Anwar Di Merlimau, Polis Enggan Keluar Permit


Begitulah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi. Program ceramah Pakatan Rakyat sentiasa dihalang pihak polis. Sentiasa diganggu dan rakyat pula dipukul dan ditangkap. Alasannya tidak ada 'PERMIT'. Alasan begitu sering didengar di mana-mana tempat apabila polis buat kenyataan. Jika PR memohon permit,  permohonan itu ditolak. Lepas ditolak, alasannya pula disebabkan tempat ceramah terlalu kecil.  Begitulah peranan dan sikap polis terhadap rakyat,  bertentangan dengan slogan 'Tegas, Adil dan Berhemah'. Yang pelik Bin Hairan, jika Umno-BN buat ceramah,  polis hanya datang sebagai pemerhati dan tidak mengganggu ceramah itu. Begitulah sikap 'double standard' yang dimiliki polis Malaysia, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.    

MERLIMAU: Program ceramah ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’ di Melaka dijangka berdepan halangan apabila polis enggan mengeluarkan permit.'Tegas, Adil dan Berhemah

Walau pun semua dokumen dan borang yang diperlukan sudah diisi, polis memberi alasan permit tidak dikeluarkan disebabkan tempat ceramah terlalu kecil, kata Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban.

“Permohonan permit ditolak atas alasan tempat ceramah terlalu kecil sedangkan kita sudah sediakan pelan tempat ceramah yang turut menyatakan dengan jelas tempat ceramah dan juga kawasan lapang di sebelahnya mampu memuatkan sehingga dua ribu orang,” kata Mahani sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com hari ini.

Menurut Mahani, pada mulanya beliau diminta membuat rayuan kepada Ketua Polis Jasin namun selepas rayuan dibuat, beliau diarahkan melanjutkan rayuan kepada Ketua Polis Melaka. Namun sehingga kini katanya, polis masih belum memberikan sebarang jawapan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...