Akta hasutan atau akta apa sekali pun dibuat bukan untuk rakyat tapi untuk menghukum pembangkang. Semuanya dicipta untuk kepentingan Umno. Talian hayat Umno hanya bergantung kepada semua bentuk akta yang ada. Jika tidak ada akta itu dan ini, mungkin Umno sudah lama ke lubang kubur. Memang pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan cepat menjalankan penyiasatan jika ianya membawa keuntungan kepada Umno.
Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.
Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?
"Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu.

Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Showing posts with label Suhaimi Shafiei Menghadapi Pertuduhan Mengikut Akta Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Suhaimi Shafiei Menghadapi Pertuduhan Mengikut Akta Hasutan. Show all posts
Saturday, February 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)