Berdasarkan kepada peratusan undi meningkat dari kaum Cina menunjukan sokongannya kepada PAS. MCA telah hilang banyak sokongan daripada kaum Cina. Begitu juga sogokan yang cuba diberikan kepada pengundi Cina untuk mengundi mereka. Tapi pengundi Cina tetap menolaknya untuk memilih siapa yang lebih layak. .
Peningkatan undi kaum Tionghua kepada Calon Pas, Normala Sudirman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, semalam membuktikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA di Johor semakin goyah.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng kejutan yang diberikan kaum Tionghua terhadap Pakatan Rakyat sememangnya sudah dijangka kerana perjuangan Barisan Nasional kini dianggap tidak lagi relevan kepada mereka.
“Berdasarkan kepada peratus undian kaum Cina semalam, berlaku peningkatan daripada 50 peratus hingga 60 peratus yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan itu memberikan tamparan hebat kepada MCA yang sebelum ini cuba menggunakan sentimen tertentu bagi menakut-nakutkan pengundi Cina.
“MCA kini sukar untuk memenangani hati rakyat walaupun pelbagai habuan ditaburkan seperti pemberian ‘ang pau’ sempena Tahun Baru Cina dan dijanjikan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) oleh Kerajaan Umno.