Friday, June 8, 2012

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan UMNO BN

    
           Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.
              “Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.



“Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasukkan kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pasport antarabangsa, cukai ke atas restoran.

Masalahnya sekarang, kata beliau semua hasil itu diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor.

Beliau menambah, nampaknya semangat federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak.


Tambahnya, jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

“Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada di penghujung hayat, insya Allah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN.

“Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang,” katanya.
template joomla

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...