Sunday, June 24, 2012

PRU musim haji: Najib 'khianat' Islam

  
           Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum ketika musim haji.
             Ia kerana tindakan itu dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.


Menurutnya, jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.

"Sebab dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti kurang dari 50, 60 begitu. Manakala, kalau di peringkat parlimen pula mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi. 300 orangs etip kawasan boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.

Justeru, Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam, Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.

Beliau bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu tersebut.

"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan pilihan raya pada musim haji. Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu, selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.

Semalam, Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini.- Harakahdaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...