Tuesday, June 12, 2012

Bimbang kedudukan tergugat, Najib ikut telunjuk Mahathir

  
            Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Najib Razak kini hanya mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bimbang kedudukannya sebagai orang nombor satu negara tergugat.
            Katanya, Perdana Menteri itu juga bukan sahaja tidak mempunyai idea malah hanya mengikut ‘arahan’ Mahathir.

“Najib ada pandangan bebas? Tidak ada…Oleh kerana Dr Mahathir sebut: Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia akan gadai negara. Dua minggu kemudian…Najib pun ikut kata (yang sama),” katanya di hadapan lebih 5,000 hadirin pada siri ceramah Merdeka Rakyat peringkat Selangor di Stadium Kajang, kelmarin.


Kebelakangan ini, Mahathir kerap mengeluarkan kenyataan politik, seolah-olah arahan kepada Najib. Najib pula hanya mengikuti kerana bimbang kedudukan beliau yang kini diintai Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara lain, Najib turut mengulangi kenyataan Mahathir berhubung himpunan Bersih 3.0, kononnya kempen pilihan raya bebas dan adil itu berhasrat menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

“Kemudian tuduh saya jadi alat DAP. Saya nak beritahu depan orang Melayu, Cina India, Kadazan, Dayak dan lain-lain di sini. Kalau saya pimpin negara ini, InsyaAllah, saya jadi alat kepada rakyat, untuk pertahankan hak semuanya,” tegas Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mengulas tekanan baru pentadbiran Najib berhubung dakwaan terhadapnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ‘keajaiban’ berlaku apabila pendakwanya, Datuk Yusof Zainal Abidin dalam kes Fitnah II, menjadi pegumbelanya.

“Saya tidak tahu sehingga malam sebelum ke mahkamah. Dia (Yusof) setuju, sepatah pun tak kata soal bayaran dan berkata: Saya (Yusof) akan pertahankan maruah.

“Karpal (Singh) pun tak percaya, sampai terpaksa pula saya yakinkan. Berpeluhlah Najib…,” katanya mengundang gelak ketawa hadirin.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...