Rais Yatim dianggap banyak pihak sebagai 'membuat lawak bodoh' apabila mendakwa hanya 22,270 orang sahaja yang menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Bagaimanapun katanya, jika Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengiranya, jumlahnya mungkin hanya belasan ribu sahaja.
"Saya berasa gerun malam ini. Satunya kerana duduk disebelah bekas pegawai polis (Datuk Fauzi Shaari) dan satu lagi berada di hadapan anda yang begini ramai.
"Saya yakin ini sampai 100,000. Kalau menteri Rais Yatim kira, barangkali ini hanya 12,000 sahaja," katanya sinis disambut ketawa oleh hadirin.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya sebelum mendeklamasikan puisi khas kepada anak muda di pentas utama Himpunan Hijau ke Putrajaya malam tadi.
Sebelum ini, Rais Yatim dianggap banyak pihak sebagai 'membuat lawak bodoh' apabila mendakwa hanya 22,270 orang sahaja yang menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Sedangkan rakaman gambar dan video menunjukkan kehadiran pada himpunan itu tidak kurang dari 200,000 orang.
Sementara itu Pak Samad yang juga Pengerusi Bersama Bersih 3.0 turut turut membakar semangat anak muda dengan puisinya.
Antara lain katanya, anak muda adalah harapan untuk melakukan perubahan.
"Anak-anak muda inilah yang akan berjalan ke Putrajaya.
"Pergi berjalan sebagai generasi yang gagah," katanya.-Hrkhdaily
No comments:
Post a Comment