Berucap di Kampung Pasir Baru, Lembah Pantai malam semalam, Rafizi berkata, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dipaksa berhutang.
“Baru sahaja keluar universiti, (pelajar) sudah menanggung beban hutang (sehingga) RM20,000 hingga RM30,000,” katanya.
Katanya lagi, tiang kedua iaitu mengkayakan kroni apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) terpaksa meminjam dana daripada bank dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
“Bermula pada tahun 1998, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menetapkan PTPTN tidak akan dapat peruntukan kerajaan, sebaliknya perlu buat pinjaman dari bank.
Justeru, kata beliau lagi, jelas pihak mana yang akhirnya mendapat keuntungan melalui sistem pendidikan tinggi di Malaysia.
Isu pinjaman PTPTN mula menjadi perhatian selepas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar pendidikan percuma jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke-13.
Pengumuman itu disokong pelbagai pihak, termasuk golongan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan hutang PTPTN Mei lalu.
Terbaru, kerajaan Umno BN menarik balik sekatan pinjaman PTPTN pelajar baru UNISEL dan KUIS selepas Menteri Besar Selangor mengumumkan bantuan RM30 juta kepada pelajar yang terjejas.
Turut memberi ucapan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Thamrin Tun Ghafar Baba dan bekas ahli Umno, Tunku Harmy Tunku Hannan yang juga kerabat Diraja Negeri Sembilan.- Keadilandaily
No comments:
Post a Comment