Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini, beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, seharusnya Umno-BN perlu tahu membezakan antara ideologi politik yang didukungnya serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai sebuah Kerajaan Pusat.
“Sepatutnya dia tahu membezakan antara politik untuk mendapatkan kuasa bagi memegang tampuk kerajaan dengan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan sekadar buat kerja untuk rakan politik sahaja.
“Laksanakanlah amanah dan tanggungjawab dengan matang tanpa dendam dan prejudis terhadap mana-mana pihak seperti yang termaktub dalam perlembagaan,” jelas beliau sewaktu ditemubual sejurus selesai melancarkan buku terbaru tulisan Tricia Yeoh, States Of Reform di Central Market Annexe pagi semalam.
Sambil mengulangi keutamaan Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma, Abdul Khalid menjelaskan keadaan itu hanya boleh berlaku jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya kelak.
“Setelah mengambil kira beberapa perkara penting dan kemampuan ekonomi negara, kita yakin pendidikan percuma mampu ditawarkan asalkan perbendaharaan negara kita dapat pegang dan uruskan dengan lebih berhemah.
“Kita juga yakin kita mampu menjimatkan dan membelanjakan dana negara dengan lebih baik dan perkara ini juga kita sudah buktikan di negeri-negeri pimpinan kita,” katanya lagi.
Beliau juga melihat isu PTPTN ini sebagai jalan membuka mata umum tentang perkara yang selama ini rakyat kurang jelas dan faham.
“Dengan isu yang dimainkan ini, rakyat kini mungkin akan lebih faham antara bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang terbatas,” tambah beliau.- Selangorku
No comments:
Post a Comment