Wednesday, June 20, 2012

KATANYA – Rakyat mesti terus sokong UMNO-BN

  
              Najib Tun Razak mahu rakyat terus sokong UMNO dan BN kerana katanya hanya merekalah yang boleh menunaikan janji kepada rakyat. Pakatan Rakyat pula katanya hanya tahu ‘jual janji’. Malah katanya lagi PR tiada pengalaman memerintah kerajaan dan tak pernah tunaikan manifestonya.
               Kita yang mendengar ini pun mulalah sendawa sakan kerana mendengar ‘kebenaran’ dakwaan PM kita ini. Al maklumlah, UMNO dan BN masih menyangka merekalah parti paling maksum di dunia ini. Mereka masih anggap Pulau Pinang dan Selangor masih diperintah oleh parti mereka hingga tingkah-laku politik mereka sangatlah sombong tak sedar diri.

Janji ditepati?

Kalau ikut tafsiran PM, memanglah Pakatan tak tunai janji jika nak dibandingkan dengan ‘janji ditepati’ UMNO itu. Walau pun dakwanya Najib dah mansuhkan ISA, hakikatnya yang dikatakan menunaikan janji itu hanyalah penukaran nama ISA, hakikatnya masih ramai tahanan ISA masih dikurung dan hakikatnya ramai rakyat tak mendapat hak keadilan yang wajar.


Najib juga janji mansuhkan AUKU. Hakikatnya AUKU masih wujud dan hanya klausa-klausa tertentu saja dipinda, hakikatnya ia masih memasong kreativiti dan potensi pelajar. Hakikatnya menteri juga paling berkuasa, mungkin mahu pelajar selamanya tidak bijak dan hanya menurut perintah.

Najib janji adakan perhimpunan aman dengan Akta Perhimpunan Aman tapi hak rakyat masih dikekang. Kebebasan berhimpun masih dianggap cubaan menggulingkan kerajaan.

Begitu juga dengan janji Najib memansuhkan tol. Pemansuhan ini hanya melibatkan tol yang terpilih, yang mana ianya tak memberi impak sangat kepada rakyat bawahan.

Begitu juga janji BR1M yang diberi dengan jalan yang sangat meragukan. Dari mana datangnya wang ini kerana tak pernah pun kita dengar peruntukannya dalam Bajet yang lalu. Seolah-olah duit ini adalah duit poket mereka sendiri.

Katanya lagi, kini wang BR1M ini mahu diberi lagi, hingga kerajaan UMNO-BN mahu minta lagi pada Perbendaharaan, berbilion-bilion ringgit katanya.

Sendawa janji

Bijak sungguh UMNO-BN berbelanja dan mengurus harta negara hingga boleh minta duit dari Perbendaharaan sesuka hatinya. Hebat betul Najib anak Tun Razak ini. Tak sia-sia Najib jadi Menteri Kewangan yang paling boros berbelanja dalam sejarah negara kita.

Semua yang disenaraikan ini, bagi UMNO, sudah dianggap oleh mereka sebagai telah menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia. Tidak kiralah dah jadi ke belum, dah selesai ke belum atau dah nampak hasil atau belum, janji duit telah ditabur, biar nampak macam UMNO dah tunai janji.

Hutang negara yang semakin meruncing ketika ini, dianggap sebagai hal kecil. Kematian misteri Teo Beng Hock, Ahmad Sarbini dan Kugan serta lain-lain tu, biarlah menjadi sejarah saja, tak penting bagi UMNO-BN menyelesaikannya. Begitu juga dengan kes pita video Lingam, kes NFC, PKFZ, kapal selam, dan semua laporan Ketua Audit Negara itu, bagi UMNO itu tidak penting.

Melihat kepada senario ini, maka kerana itulah kita sendawa berulang-ulang kali, tekak terasa loya nak muntah. Maka percayakah kita yang Najib dan UMNO-BN dah tepati janji-janji mereka? – Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...