Tuesday, June 26, 2012

Anwar Tuntut Mohon Maaf Dari NST, Berita Harian

    
         Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut permohonan maaf daripada dua akhbar pro-Umno-BN kerana menyiarkan dakwaan yang beliau memilik akaun induk yang menyimpan RM 3 bilion.
             Anwar menuntut agar akhbar The New Straits Times dan Berita Harian memohon maaf dalam masa 24 jam atau hadapi tindakan saman fitnah.

Anwar telah memfailkan notis tuntutan tersebut melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh, bagi menuntut permohonan maaf berhubung artikel berkenaan.


MP Subang, R. Sivarasa berkata sekiranya kedua-dua akhbar itu gagal menjawab tuntutan berkenaan dalam tempoh 24 jam, pihaknya tidak teragak-agak untuk meneruskan saman fitnah.

Tutuntan berkenaan dibuat ekoran penyiaran artikel di muka depan kedua-dua akhbar itu pada 21 Jun.

Artikel itu mendakwa Anwar, mengarahkan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris membuat Akuan Bersumpah (SD) agar tidak mengaitkannya dalam siasatan berhubung akaun berkenaan.

Di dalam laporan itu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Sebelum ini Anwar mengedarkan kepada media salinan SD Abdul Razak bertarikh 10 November 2010 yang menyatakan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Anwar pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mencabar SPRM agar menyiasat semula dakwaan tersebut.-Selangorku

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...