Thursday, February 14, 2013

Rakyat tidak berselera lagi dengan UMNO


Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok di jadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan keatas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak orang penting dalam politik negara sekarang ini.

Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan di gantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin.
Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini di andaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan di perbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkn kerugian besar. Isu ini telah di ketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk di muatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau di perguna oleh Najib dan isterinya ketahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.

Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan di atas keadaan seperti sekarang ini.

Tidak ada siapa yang menyalahkan Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika perkara seperti yang di alami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap sesiapa termasuk Deepak.

Tetapi apa yang tidak betulnya Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin? Apakah Deepak sudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan Majlis Tertinggi parti UMNO itu layak untuk mengambil alih kepuimpinan Najib.

Bagi pandangan saya dan ramai yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok di cadangkan supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisek untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pendeknya Muhyiddin serta kesemua Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakkan untuk mengambil alih kepimpinan Najib walau seburuk mana pun tahap kepimpinan Najib. Ini di sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kehendak beliau sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang beliau mahu hanyalah keuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagai orang penting dalam segala-galanya.

Saya bukan mengatakan yang Najib itu layak dan berkepimpinan Malahan itu lah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku dikalangan rakyat dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.

Pandangan ini tentu tidak akan diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu sahaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas pilihanraya nanti.

Saya memberikan reaksi ini kerana saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.

Pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang di tubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak di kenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.

Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat




Credit To .> AspanAlias.Net

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...