Saturday, February 23, 2013

Miskin senjata BN untuk dapat undi


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sepatutnya tidak ada lagi masyarakat yang tertinggal dan terpinggir setelah 55 tahun merdeka.

Tetapi, katanya pemimpin BN yang diketuai oleh Umno menjadikan kemiskinan sebagai strategi untuk memancing undi setiap kali pilihan raya.

Justeru, ujar beliau tepat seperti kajian Merdeka Center peratus sokongan kepada BN meningkat di kalangan orang yang pendapatan rendah, ertinya rakyat yang kaya semakin jauh dengan BN.


66 peratus responden di bawah RM1,500 gembira dengan kerajaan, 47 peratus (RM1,501 hingga RM3,000), 36 peratus (RM3,001 hingga RM5,000) dan 35 peratus (melebihi RM5,001).

Katanya, Negeri Sabah dan Terengganu walaupun mempunyai telaga minyak, tetapi negeri tersebutlah mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

“Jika kita melawat ke kawasan pedalaman kita akan temui kebanyakan rakyat miskin ialah penyokong tegar Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kata beliau lagi, rumah mereka diselimut oleh bendera Umno sebagai tanda aras mereka ialah penyokong tegar Umno.

Mungkin, ujarnya Umno menganggap rakyat miskin boleh kenyang dengan bendera sahaja.

Menurutnya, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 22 tahun telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 4 di negara ini.

“Kenapa Kelantan berjaya?

“Jawapannya kerana pemimpinnya amanah dan bertakwa, membantu rakyat tanpa pilih kasih, tanpa mengambil kira apa anutan politik dan agama,” katanya.

Katanya, Kerajaan Kelantan terus berusaha untuk menyenangkan rakyat walau pun mempunyai kekangan kewangan.

“Cuba bayangkan jika Kelantan mendapat tunggakan royalti minyak hampir RM12 bilion, sudah tentu ia akan setanding dengan negeri Selangor,” katanya lagi.

Menurutnya, Umno tidak akan berusaha ke arah itu kerana ini adalah senjata mereka untuk menjerat rakyat setiap kali pilihanraya, bukan miskin yang dibantu, tetapi mereka mesti menyokong Umno.

Baginya, wang BR1M yang diberi kepada rakyat untuk umpan pilihanraya, kerana BN sedang nazak menghadapi penolakan rakyat.

“Apakah dengan wang RM500 ini boleh menyelesaikan pinjaman PTPTN, kos sara hidup yang meningkat?

“Kenapa setelah 55 tahun negara merdeka baru kerajaan memberi BRIM?” tanya beliau.

Semua itu, ujarnya gara-gara untuk memancing undi.

Tambahnya, jika rakyat berjaya diumpan maka tunggulah mala petaka akan menimpa rakyat dengan kenaikan petrol, gula, tepung, minyak masak, beras, tol dan lain-lain.

“Cuba bayangkan ketika BR1M masih belum habis diberi, pada 15 Februari lepas premium insurans kenderaan telah dinaikkan,” katanya.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...