Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Saturday, February 23, 2013
PI Bala balik M’sia dengan harapan Pakatan Rakyat menang PRU 13
Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala), menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.
Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.
“Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini,” katanya, menerusi emel kepada Malaysikini.
Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata, orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.
Americk berkata, beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas PI itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.
Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.
Semasa berada di tanahair Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini dan beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Credit to > Keadilandaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment