Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Rakyat: Jamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat -

menifesto pakatan rakyat 2013

MANIFESTO Rakyat bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13) dirangka khusus oleh Pakatan Rakyat (PR) bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat.

Manifesto itu digubal secara terperinci berdasarkan empat tonggak utama iaitu “Rakyat Bersaudara”, “Ekonomi Rakyat”, “Kesejahteraan Rakyat” dan “Kerajaan Rakyat”.

Manifesto itu dilancarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.


Manifesto Rakyat itu dibentangkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, diikuti Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran.

Berikut adalah kandungan ringkas Manifesto Rakyat yang lebih awal dilancarkan untuk dihayati rakyat:

Tonggak pertama: “Rakyat Bersaudara”

1). Hayati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan

2)  Menjamin hak kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

3)  Mengangkat budaya sebagai teras positif hidup bermasyarakat

4)  Caruman Wanita Malaysia: Kerajaan menyumbang caruman RM50 sebulan bagi isteri yang layak      manakala suami menyumbang caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan mengikut kadar pendapatan

5)  RM1,000 setahun untuk warga emas melalui Skim Warga Emas (60 tahun ke atas)

6)  Bantuan RM300 setiap murid bagi setiap tahun untuk 1,854 Sekolah Agama Rakyat (SAR), SJKC dan SJKT, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh.

7)  Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC)
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkat

8) Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia

9) Program segera bagi Sabah dan Sarawak: hapus sistem kabotaj, insentif pelaburan wujud pekerjaan, syarikat minyak milik Sabah dan Sarawak, lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak dan menghentikan pembinaan empangan yang merosakkan alam sekitar.

19) Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara

 Tonggak kedua: “Kesejahteraan Rakyat”

1) Turunkan harga minyak

2) Caj elektrik lebih rendah

3) Caj air lebih rendah

4) Hapuskan TOL

5) Turunkan harga kereta

6) Membina 150,000 rumah mampu milik (Peruntukan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion tahun berikutanya)

7) Pendidikan percuma

8) Hapuskan PTPTN

9) Keadilan untuk warga FELDA

10) Hapuskan AES dan batalkan saman AES

11) Tingkatkan guna tenaga polis banteras jenayah

12) Wad percuma (Kelas 2 dan Kelas 3) di hospital kerajaan
13)  Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM500 sebulan

Tonggak ketiga: “Ekonomi Rakyat”

1) Wujudkan sejuta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing secara berperingkat

2) Perkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan

3) Melatih sejuta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran

4) Membina 5 universiti dan 25 sekolah vokasional

5) Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang

6) Menghentikan operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan

7) Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Perajurit, kenaikan caruman LTAT daripada 15% kepada 20%, dividen RM2,000 setahun kepada bekas perajurit tidak berpencen

8) Memberi permit terus kepada pemandu teksi

9) Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar

10) Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC

Tonggak keempat: “Kerajaan Rakyat”

1) Reformasi institusi Islam dan keagamaan

2) Pakej gaji dan perkhidmatan baru penjawat awam

3) Pilihan raya yang bersih, adil dan telus, reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM

4) Reformasi Parlimen

5) Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media

6) Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik

7) Memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat

8) Memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), merombak sepenuhnya agensi pencegahan rasuah




Untuk muat turun Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat sila Klik Di SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...