Thursday, February 14, 2013

Dr M pelopor projek IC, Anwar & Pak Lah tak terlibat – Pengurus bank


IC PROJEK copy
Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.

Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu
Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakah Daily.


Mat Swadi yang mengakui dirinya ‘Gurkha setia’ Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.

Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu.

“Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya ‘sekutu’ dengan Allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).

“Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.

“Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar,” katanya.

Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.

Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.

“Saya juga berurusan dengan tentera dan polis, bekerja erat dengan mereka dan turut diperkenalkan kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (pada masa itu), (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman,” katanya.

Projek IC diteruskan di Semenanjung

Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.

Bagaimanapun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.

Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.

Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...