Saturday, February 9, 2013

Banyak masalah nampakkan Najib PM paling lemah


Datuk Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri yang paling lemah dan bermasalah, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.

Katanya, walaupun dari segi fizikal Najib nampak tegap dan gagah, namun beliau sebenarnya diselubungi pelbagai masalah peribadi dan keluarga.

Sejarah lima Perdana Menteri yang lepas kata Idris tidak pernah kedengaran berhubung penglibatan aktif isteri mereka di dalam pentadbiran.



"Macam-macam isu dikaitkan dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sehingga menjadi buah mulut di kalangan pemimpin Umno.

"Sekarang mereka hanya memendam rasa, akan meletup apabila tiba masanya," katanya.

Selain itu ujar Idris, isu misteri pembunuhan warga Mongolia Antatuya Shaaribuu masih menghantui Najib dan sedikit sebanyak menganggu pemikiran beliau.

Najib juga jelasnya dilihat lemah untuk membaik pulih Umno dan meningkat pengurusan ekonomi.

Beliau kata Idris hanya boleh mencipta beberapa slogan transformasi tetapi masih tidak berisi.

"Beliau memang terkenal sebagai pemimpin sejak muda lagi hanya pandai mengumpan, bukan menyelesaikan masalah pokok," tegasnya.

Mengulas isentif yang diperkenal Najib pula, beliau berkata, BRIM contohnya diberikan kerana untuk umpan pilihanraya dan bukan satu mekanisme jangka panjang.

Malah ia sebenanrnya melibatkan peningkatan hutang negara secara berterusan.

Beliau turut mempersoal apa perancangan Najib untuk mengurang hutang negara sehingga mencecah RM502 bilion sehingga 2012 lalu.

"Hutang negara pada tahun 2009 hanya RM363 bilion meningkat sebanyak RM139 bilion dalam masa empat tahun," katanya lagi.

Lebih malang kata Idris, Najib dilihat lebih berminat mencuri idea yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat untuk membuat kebajikan.

Namun apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat adalah dengan menggunakan wang lebihan, bukan pinjaman seperti yang dibuat Najib.

Kelemahan lain Najib lagi katanya termasuk gagal menangani masalah pengaliran wang haram hampir RM200 bilion.

Selain itu zaman Najib juga menyaksikan 271 ekar tanah KTMB di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura.

Isu mengaitkan Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang dituduh menerima wang RM40 juta daripada tauke balak juga mencalar imej Najib.

Paling memberi kesan kepada anak muda adalah masalah pengangguran di kalangan siswazah hingga mencecah 76,200 orang.

"Najib bernasib malang kerana beliau memimpin Umno di era ledakan teknologi maklumat, di mana rakyat tidak boleh ditipu.

"Ditambah pula dengan masalah peribadi sehingga masih tidak bertemu tarikh pilihanraya.

"Beliau begitu trauma untuk menentukan tarikh, kerana membayangkan jika BN kalah maka bebanan akan dihempap kepada beliau," kata Idris.- Harakahdailt

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...