Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Sunday, February 24, 2013
Gadis seksi demo: Perkasa malukan umat Islam
Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan.
Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model.
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam.
“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali.
“Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini.
Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi.
Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang menyalahi hukum syarak.
“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan.
“Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah. Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri sendiri,” katanya.- Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment