Ternyata tidak semua yang hadir menyaksikan persembahan artis Pop Korea Selatan, Psy di Pulau Pinang hari ini menyokong BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ia dibuktikan menerusi satu rakaman video pendek menunjukkan orang ramai mengatakan ‘tidak’ kepada Najib ketika perdana menteri itu memberi ucapan di majlis tersebut.
Semasa Najib bertanya ‘Are you ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy) ” ia dikuti dengan sorakan ‘yes’ di kalangan penonton.
Namun ketika Najib berkata ‘ Are You ready for BN’ (Adakah anda sedia untuk BN?), penonton beramai-ramai menjawab ‘no’ dengan kuat.
Ramai di kalangan pengunjung juga dilapor memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah- seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.
Malah ada di antara mereka tanpa segan silu memakai baju perhimpunan Bersih di majlis Rumah Terbuka anjuran BN Pulau Pinang itu.
Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata kepada Malaysiakini, beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan menyokong Pakatan Rakyat.
BN sebelum ini dikritik hebat kerana membawa masuk artis yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu dengan bayaran lebih RM1 juta, ketika penyanyi tempatan pula dipinggirkan.
Terdahulu, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor hadir bersama anak mereka, Ashman dan Nooryana Najwa pada jam 10.48 pagi di padang Kolej Han Chiang.
Mereka disambut persembahan tarian singa dan perarakan Chingay. Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.-Keadilandaily
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment