Wednesday, February 20, 2013

5,000 dari projek IC Sabah pindah ke K. Selangor?


 (Gambar kad pengenalan warga Pakistan yang diambil dari video)
Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.

 warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar) yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.


"Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.

Dalam video itu juga menunjukkan My Kad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.

Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada ejen.

Selepas itu, sejumlah RM6000 hingga RM10000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.

"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.

Sebelum ini, bekas menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.

Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Kesan pilihan raya



(Cetakan dari laman web SPR selepas dimasukkan nombor kad pengenalan Nasib)

Semakan Harakahdaily dengan laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengesahkan, Nasib akan mengundi di Ijok dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Beliau didaftarkan untuk mengundi di Pekan Ijok, dalam DUN Ijok di bawah Parlimen Kuala Selangor.

Ijok adalah DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menang dengan majoriti 1920 undi dalam pilihan raya ke 12 lalu.

Parlimen Kuala Selangor pula diwakili oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau menang dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 862 undi.

Jika apa yang dibuat ini benar-benar berjaya, kedua-dua calon Pakatan ini bakal kalah dalam pilihan raya umum nanti.- Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...