
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar.
Perkara ini turut diakui oleh Datuk Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.
Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.
KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.