Wednesday, November 17, 2010

:Zaid Keluar PKR Atas Kemahuannya Sendiri - Tan Sri Khalid


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai kemahuan beliau sendiri yang menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin.

Tan Sri Khalid berkata demikian semasa diwawancara oleh TV Selangor di pejabatnya hari ini di sini.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa kejayaan seseorang pemimpin bukannya bergantung kepada kebolehan kepimpinan sebaliknya pengikut yang menerima kepimpinan tersebut yang berasa sesuai dengan aspirasi mereka.

"Seorang pemimpin itu tidak akan berjaya, jika beliau tidak mempunyai satu pasukan yang saling mempercayai dan mempunyai semangat kerjasama,"katanya.


Sehubungan itu katanya lagi, untuk menjadikan kepimpinan itu mantap ianya berkait rapat dengan pengikut dengan menyemai sikap kerjasama sesama mereka dan saling mempercayai dalam mencapai matlamat yang sama.

Beliau menambah PKR mempunyai idealisma yang tinggi dan mempunyai perasaan yang mahukan perubahan yang besar merupakan antara kejayaan dan kesukaran parti.

"Kita menganggap bahawa demokrasi yang terbaik adalah semua ahli dapat kuasa dalam menentukan kepimpinan," katanya lagi.


Khalid juga menjelaskan bahawa perlaksanaan sesuatu idealisma bukannya sesuatu yang mudah dalam menjamin hampir 400 ribu ahli yang datang membuat pemilihan secara sukarela termasuk mereka yang baru menyertai parti dan masih tidak mengenali pucuk pimpinan.

"Kalau kita sabar dan tabah, saya rasa dalam tahun-tahun yang berikutnya, dalam satu dekad perlaksanaan kita, sudah tentulah orang akan memandang ke belakang bagaimana keberanian pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat untuk meningkatkan demokrasi ke akar umbi," ujarnya.- TVS
Setelah anda membaca artikel ini, sila beri komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...