Tuesday, November 30, 2010

Nik Aziz - Untuk Merujuk Sesuatu Perkara, Orang Bukan Islam Bolih Petik Ayat Al-Quran



Tak Salah Bukan Islam Petik Ayat Al-Quran, Kata Nik Aziz




Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.
Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul
.
Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.


“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa. sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini hari ini.
Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, katanya.
Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.

Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg.
Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.- SK

Setelah membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...