BN Jangan Fikir Pegang Kuasa Selamanya, PR Pula Jangan Terlalu Yakin
Adalah satu kesilapan besar bagi Barisan Nasional jika beranggapan penguasaannya ke atas Putrajaya adalah kukuh dan bahawa ia mampu kembali menawan Kedah dan Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat berdasarkan kepada kemenangannya di pilihan raya kecil Galas, Batu Sapi, Hulu Selangor dan Bagan Pinang.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pengalaman PRK Ijok pada April 2007 di mana calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tan Sri Abul Khalid Ibrahim Ibrahim kalah membuktikan keadaan akan berubah semasa Pilihan Raya Umum 2008 apabila Abdul Khalid merampas kerusi tersebut daripada BN dengan majorti yang besar.
Bukan it sahaja, malah BN hilang kuasa di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta terus menkadi pembangkang di Kelantan.
Dalam nada yang sama Kit Siang juga memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat pemikiran bahawa gelombang menuju ke Putrajaya tidak lagi boleh disekat sebagai satu perkiraan politik yang bakal memakan diri dengan bersandarkan kepada kekukuhan kuasa di Kedah dan Selangor
"Pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengkaji penurunan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja berdasarkan kepada kekalahan di Galas dan Batu Sapi tetapi juga memberi perhatian kepada masalah dan pergolakan dalaman yang bberlaku dalam parti komponen.
"Semua masalah ini mesti ditangani segera dan keyakinan rakyat harus ditingkatkan semula. Kita tidak boleh leka atau pandang ringan cabaran oleh BN samada di peringkat parlimen atau dewan undangan negeri.
"Pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh menganggap keempat-empat negeri iaitu Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang sebagai kubu kebal. Justeru ini semua masalah politik di peringkat negeri dan pusat mesti diatasi dengan mengambil langkah-langkah segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat serta melonjakkan kembali dokongan rakyat terhadap agenda perubahan di bawah Pakatan Rakyat. Ini termasuk memastikan kerajaan negeri Kedah dan Selangor mampu bertahan terhadap serangan bertubu-tubu Umno-BN," tegas Kit Siang di Kota Kinabalu Sabtu lalu.
Mengnai langkah kerajaan negeri Sabah yang meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta kepada setiap kawasan Dewaun Undangan Negeri BN, beliau berkata ini adalah satu bentuk rasuah yang mesti disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menggunakan dana awam untuk memancing undi.
Tambah Kit Siang walaupun gejala rasuah politik telah dikenalpasti di dalam hala tuju program transformasi kerajaan dan menjadi fokus utama di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun rakyat tidak mempercayai SORM akan mengambil sebarang tindakan dalam hal ini.
"Dalam ucapan pembentangan belanjawan negeri, Ketua Menteri Musa Aman memberi contoh kemenangan di Galas dan Batu Sapi sebagai bukti rakyat terus menyokong BN. Apa relevannya Galas di Kelantan yang dikaitkan dengan bajet saban 2011 jika ianya mahu digunakan sebagai alasan mengguna wang rakyat untu tujuan politik?" tanya beliau- SK
Setelah anda baca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat
No comments:
Post a Comment