Monday, November 22, 2010

KEADILAN Sebuah Parti Politik, Bukan Syarikat Swasta, Apa Yang Zaid Nak Tunggu Lagi Sehingga 16 Dis, Belah....lahhhh ...


KEADILAN Ucap Selamat Jalan Kepada Zaid, Tak Payah Tunggu 16 Dis
Walaupun bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ahli berkuatkuasa 16 Disember depan, parti hari ini menganggap beliau telah pun keluar serta merta dan mengesahkan keputusannya.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan KEADILAN adalah sebuah organisasi politik dan bukannya syarikat swasta yang memerlukan tempoh bersyarat sekiranya ingin berhenti kerja.

Lagi pun kata Saifuddin dengan menerima keputusan Zaid meninggalkan parti yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik semalam, ini memudahkan beliau untuk merancang masa depan politiknya tanoa sebarangan halangan atau kekangan

"Zaid hantar sepucuk surat (peletakan jawatan). Terulang kepadanya untuk membuat rayuan, saya tidak boleh jawab soalan andaian," kata beloai pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata seseorang anggota itu hilang statusnya sebagai ahli apabila dipecat atau menghantar surat peletakan jawatan menurut perlembagaan parti.

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik. Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," sindir beliau.-SK


# Jika kita tidak percaya atau tidak yakin lagi dengan parti yang kita sertainya dan bertentangan pulak dengan kehendak naluri kita..apa yang ditunggu lagi, surat peletakan jawatan dah kita hantar,  belahlah.. nak tunggu pulak sehingga 16 dis . Apakah adanya agenda disebalik 16 Disember itu? Hanya Zaid yang tahu . Memang benar kata Saifuddin, 'KEADILAN' bukan syarikat Swasta yang memerlukan tempoh bersyarat untuk seseorang meletakan jawatan. Keadilan merupakan badan politik yang banyak lagi agendanya yang harus diselesaikan. 


Justerus itu prores pemilihan  segala-galanya menyusahkan parti. Gara-gara Zaid yang berprinsip. Zaid.. Jadilah anak jantan. Jika rasa nak tubuh parti baru, silakan. Aku nak tengok sejauh mana dan banyak mana ahli-ahli dan penyokongnya. Jangan angan-angan Mat Jenin.. ..Jangan jadi ayam betina, nak bertelur, riuh satu kampung. Telur cuma sebiji.  Nanti... angan-angan yang tidak menjadi kenyataan..


Sekiranya anda memabaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...