Thursday, November 4, 2010

Pakatan Rakyat Tidak Mengamalkan Dsar Pilih Kaum

Dakwaan Melayu Ditindas Tidak Berasas
Dakwaan kaum Melayu ditindas di Pulau Pinang tidak berasas menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang hadir memberi ucapan di Kampung Baru, Gua Musang malam tadi berkata kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan dasar pilih kaum di negeri itu walaupun majoriti terdiri daripada golongan Cina.

Menurut beliau, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk permerintahan kerajaan negeri, penindasan kaum Melayu dalam sektor pembangunan seperti yang didakwa Umno tidak berasas.

Ini dibuktikan apabila 70 peratus kontraktor Melayu kelas D ke atas dinobatkan projek pembangunan sejak dua tahun lalu.

Sekaligus menyangkal dakwaan Umno-Barisan Nasional mengatakan tenaga pakar kaum itu ditindas di Pulau Pinang.


"Bila kita buat tender terbuka Umno pun cakap tentu habis kontraktor Melayu tidak boleh dapat. Tidak mengapa kita cuba, sampai sekarang 2 tahun tender terbuka. Kita buat secara berdaya saing untuk semua. Bila kontrak diberikan, 70 peratus adalah kontraktor Melayu," tegas beliau dihadapan kira-kira 1500 orang yang hadir.

Justeru Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat menolak sebarang unsur amalan kronisme seraya mengambil pendekatan melaksanakan dasar tender terbuka menerusi E-Perolehan lawan web kerajaan negeri.

Guan Eng yang sering menjadi sasaran media pro Umno-BN tidak pernah tunduk kepada sebarang ancaman namun menunjukkan peningkatan aspek pentadbiran ekonomi negeri itu.

Melalui perbelanjaan berhemah, kerajaan Pulau Pinang diberi pengiktirafan dalam urustadbir ekonomi negeri seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Guan Eng tiba di Galas semalam bersama pemimpin-pemimpin DAP bertemu dengan masyarakat di pekan Gua Musang.

Lawatan singkat beliau bertujuan memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Dr. Zulkefli Mohamed mewakili PAS bertanding kerusi DUN Galas esok.

Dijangkakan hampir 10000 orang akan keluar mengundi di 13 pusat mengundi sekitar Galas bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.-TVS (Hadri Yaziz)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...