Wednesday, November 10, 2010

Mustapha Desak Pembatalan Pemilihan PKR 2010

Mustapha Beri JPP Tempoh 48 Jam Hentikan Pemilihan 2010
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan Timbalan Presiden akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden KEADILAN dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Antara lain memorandum itu mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini yang kini didakwa amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009.

"Pemilihan Kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.-


"Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat
dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," kata Mustaffa dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan di Ipoh hari ini.

Mustaffa memberi kata dua bahawa sekiranya JPP gagal mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum tersebut beliau bercadang mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

"Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," tegas beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak- SK
Setelah Anda baca artikel ini, berilah sedikit ulasan dan komen anda.Terima Kasih - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...