YB Khalid Samad |
Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN. Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190. Tulis Khalid di blognya, Sila baca seterus { Di sini} >
Jika anda baca artikel ini, sila beri ulasan dan komen anda - Martoiriat
No comments:
Post a Comment