Perjuangan Saya Ditentukan Ahli Parti, Azmin
Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau akan terus mendokong perjuangan parti itu selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh akar umbi parti.
Justeru tidak timbul soal beliau melayan gesaan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang menyuruhnya untuk meninggalkan parti.
"Samada saya kekal dalam parti atau sebaliknya ditentukan oleh anggota-anggota parti, kalau kita yakin dengan sistem demokrasi dalam kerajaan mahupun dalam parti kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Saya bersedia untuk mengambil backseat atau pun peranan yang lebih kecil sekiranya diputuskan anggota parti," kata Azmin.-
Azmin berkata walau apa pun beliau bersedia untuk memberikan yang terbaik ke arah memperkasakan parti.
"Saya akan memberi khidmat terbaik dalam membawa parti Keadilan ke tahap yang lebih besar dan memainkan peranan dalam gelanggang politik di peringkat nasional," kata ADUN Bukit Antarabangsa itu.
Zaid berundur dari pemilihan PKR setelah ketinggalan di belakang Azmin dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden.
Zaid semalam mahukan Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar daripada parti itu dan menawarkan dirinya pula untuk memimpin parti, setelah kurang dua tahun menganggotainya .
Kenyataan itu mengejutkan kerana Zaid selalu mencanang dirinya sebagai seorang pendokong demokrasi dan menghormati kehendak akar umbi.-TVS
Setelah Anda baca artikel ini, berilah sedikit ulasan dan komen anda.Terima Kasih - Martoiriat
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment