Saturday, November 6, 2010

Walaupun PAS Tewas Di Galas, Jangan Kecewa Teruskan Perjuangan Untuk Masa Depan

Kekalahan Galas Diharap Beri Pengajaran
Pas tersangat perlu melakukan bedah siasat secara besar besaran  terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Galas pada pilihan raya kecil yang diada hari ini.
Pemimpin PAS perlu berkorban, bukan untuk menyalahkan sesiapa. Sepaturnya 20 tahun (Angkatan 90an) memerintah Kelantan yang sudah sarat dengan pengalaman memimpin dan memerintah negeri. Malang sungguh nasib pemimpin PAS yang sarat dengan pengalaman tiba-tiba ketandusan idea bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Pemimpin Kerajaan atau parti kena banyak menyelesaikan masalah rakyat bukan masalah diri dan kroni. Kebajikan rakyat perlu didahulukan, barulah rakyat dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.
Masalah tanah, kebajikan orang asli, orang Melayu dan Cina sepatutnya dah lama diselesaikan. Bukannya semasa pilihanraya baru nak difikirkan strategi bagaimana nak mengatasi. Atas kertas memang mudah tulis-tulis angka … ha kita menang sekian banyak dan kalah sekian banyak. Perlu selesai masalah rakyat baru lah rakyat dapat menilai prestasi Kerajaan dan parti, adoi mudahnya.
Tetapi inilah masalahnya, apabila Pengurus dan jurulatih dan pemain sendiri tidak pernah atau kurang berlatih dan bermain hanya sekadar berteori dan mendengar dari jauh masalah-masalah yang perlu diselesaikan.

Barangkali sudah sampai masanya Pemimpin PAS yang sarat dengan pengalaman itu bersara tidak perlu lagi diberi tanggungjawab yang sepenting ini. Pemimpin lama wajar berundur yang tandus idea memberi ruang kepada pemimpin baru.
Rupanya Tok Guru itu juga diarak ke hulu ke hilir diarah bekerja keras. Kesian dengan Orang tua itu. Tetapi itulah semangatnya dalam bekerja untuk perjuangan. Orang nombor dua dan tiga dan seterusnya, mana? berperanan? Pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal Gua Musang yang diliputi hutan belantara, di mana peranannya?
Melalui pengamatan dari akar umbi mengatakan, pemimpin kerajaan kini tahu mendapatkan hasil hutan semata-mata. Apa nak jadi dengan masyarakat, langsung diambil peduli atau tidak. Jika begitu lebihkurang juga dengan pemimpin Umno yang asyik mengkayakan diri dan kroninya. Pemimpin selain orang tua itu memang tidak dikenali dan tidak popular dikalangan pengundi. Berapa kerat saja pemimpin Kerajaan Kelantan dikenali dikalangan masyarakat Gua Musang. Ada setengah pemimpin perlu diperkenalkan kepada pengundi, sedangkan mereka itu pemimpin besar, jauh sekali nak mengatahui masalah orangramai. Bertemupun gerun, asyik minta pihak lain menyesaikan masalah, bagaimana nak berpengaruh dan mempengaruhi masyarakat orang asli atau pengundi Melayu, Cina dan India.
Memang masalah ini bukan mudah untuk diselesaikan dalam masa yang singkat, sepatutnya sepuloh atau lima tahun dulu telah diselesaikan apa yang diperkatakan oleh pengundi Galas.
Kedua, ramai orang melihat semacam PAS tandus pemimpin kerana orang-orang lama yang mengetuai jentera pilihanraya. Sedangkan PAS masih ramai pemimpin berkaliber umpama Dato’ Nik Amar, Dato’ Husam, Dato’ Takiyuddin dan banyak lagi pemimpin muda yang segar dengan idea kreatif bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat. PAS tidak tandus jentera yang sentiasa ingin bekerja secara sukarela dari segenap pelusuk negara.
Ketiga pemimpin Kerajaan perlu memikirkan kembali dasar mengenai tanah-tanah kerajaan khususnya di Gua Musang dan Jeli. Konsep yang sedia ada perlu dirobah, jika ingin melihat Gua Musang ditawan Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang. Seterusnya Tok Guru Mursyidul Am atau Presiden Parti perlu juga melihat pemimpin yang perlu diganti. Jangan dibiarkan sejarah Galas ini berlalu begitu sahaja, tanpa pengajaran.
Jangan biarkan ia membarah! Jangan membiarkan keadaan ini berlaku untuk diwarisi oleh pemimpin akan datang.
Sayangnya pemimpin baru (tidak semestinya muda) dan segar idea dan kreatif pula tidak diberi peluang dan diganti pula dengan pemimpin lama yang tandus idea dan korup isu. Pemimpin lama tapi segar dengan idea  kreatif perlu diberi peluang sesuai dengan zaman kini zaman IT, zaman langit terbuka, zaman orang lama dan baru mendapat maklumat melalui internet dan sebagainya. – Sekadar pandangan dari penulis.
Apapun Tahniah kepada Jentera Pilihanraya yang telah bertungkus lumus bekerja tidak perasan siang dan malam, asyik memikirkan langkah terbaru nak mempertahankan DUN Galas.
Biar pun beitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan -rakan dari Pakatan Rakyat
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata kesungguhan yang ditunjukan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali  sehingga ramai badan dari luar  datang membantu.-JiwoKelate

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...