Sunday, November 21, 2010

Pemimpin Yang Tidak Setia, Pengkhianat Harus Diusir Dari PKR


Azmin Desak Pimpinan KEADILAN Bersihkan Parti Daripada Trojan Horse, Pengkhianat


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali mahu parti mengambil tindakan tegas dan berani menyahkan segala anasir 'Trojan Horse' dan musuh dalaman parti selesai sahaja Kongres Nasional Ke-7 minggu depan.

Merujuk kepada bekas Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar parti setelah usaha menyerang dan melemahkan parti dengan mengguna media milik Umno-Barisan Nasional gagal, Azmin menegaskan sudah tiba masanay KEADILAN membersihkannay daripada semua anasir dakam yang berindak sebagai gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

"Selepas sahaja selesai Kongres Nasional kita mahui Biro Politik mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang tidak setia kepada parti. Kita mahu tahu apakah tindakan wajar yang akan diambil terhadap 'Trojan Horse' dan pengkhianat dalam parti.


"Demokarasi dan kebebasan adalah sifat yang lahir daripada manusia yang dilahirkan bebas dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa. Bagaimanapun kedua-dua nilai ini perlu diikat dengan disiplin, muafakat dan kesetiaan. jangan kita gunakan demokrasi dan kebebasan untuk menghancurkan perjuangan keramat yang dibina di atas gerakan rakyat yang mahukan perubahan kepada sistem zalim yang dicipta Umno dan Barisan Nasional.

"Sementara ada kelemahan harus kita bawa berbincang dalam semangat kekeluargaan. Parti ini bukan lahir di istana tetapi hasil kemahuan rakyat yang mahu meruntuhkan ketidakadilan, penindasan Umno-BN. Parti ini lahir daripada sanubari rakyat yang bangun menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan semangat dan prinsip inilah yang akan kita pertahankan," tegas Azmin pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' yang dihadiri lebih 2,000 penyokong di Dewan Auditorium MBSA di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata tindakan Zaid mendesak agar Ketua Umum KEADILAN mengundurkan diri adalah suatu langkah yang tidak boleh diterima akal mahupun disukai oleh anggota parti dan rakyat Malaysia.

"Kalau setakat minta saya undur diri saya boleh terima lagi tetapi meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur ini sudah amat keterlaluan.

"Kepimpinan beloiau bukan sahaja diperlukan oleh rakyat Malaysia dalam usaha membawa perubahan malah seluruh dunia melihat dan mengharapkan beliau sebagai seorang tokoh reformis.

"Biarlah orang seperti Zaid berteriak di luar sana tetapi kita mahu menyatakan zaman sekarang ialah zaman kepimpinan Datuk Seri Anwar dan kepada beliau kita sandarkan kemudi untuk membawa kita kepada zaman yang lebih cemerlang dan hebat dalam masa terdekat," kata beliau.

Tambah Azmin serangan bertubi-tubi terhadap KEADILAN di dalam media Umno-BN menunjukkan ia sebuah aprti yang kuat.

"Kalau kita sebuah parti nyamuk masakan mereka mahu menghabiskan sumber kewangan yang begitu banyak menyerang kita, sebab kita parti yang kuat maka itu mereka tidak henti-henti membaut tohmah terhadap KEADILAN. Mereka tahu kekuatan kita datangnya dari rajyat bawahan kerana inilah Najib berkata Umno akan pertahankan Putrajaya habis-habisan. Kita katakan kepada Najib dan Rosmah, Putrajaya bukan milik mereka berdua, kita akan kembalikan Putrajaya kepada rakyat tidak lama lagi.

Selaku Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Azmin berjanji akan terus mempertahankan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid sebagai peneraju pentadbiran negeri dan memantapkan Selangor sebagai kubu kuat KEADILAN- SK

Sebelum anda meninggalkan ruangan ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda -Martoiriat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...