Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Friday, November 5, 2010
Tindakan BH Fitnah Dalam Laporan Berita ' Lim Kit Siang Tuduh Umno Kafir
Kit Siang Tetap Saman BH, Minta PM Pecat Ali Rustam
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang tetap akan meneruskan rancangan menyaman Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam dan akhbar Berita Harian kerana membuat kenyataan berunsur fitnah dalam laporan berita 'Tindakan Lim Kit Siang tuduh Umno Kafir Melampau 2 November lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur turut tidak menerima kenyataan ralat yang disiarkan Berita Harian hari ini yang tidak menarik kembali laporan tersebut mahupun memohon maaf kerana membuat laporan salah terhadapnya.
Kit Siang turut menuntut akhbar itu menarik kembali laporan serta membuat kenyataan maaf tanpa syarat di atas perkara ini.
"Laporan Berita Harian ini ialah penipuan berganda kerana saya tidak pernah membuat kenyataan mengatakan Melayu Umno kafir kerana tidak menyokong PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas dan saya tidak pernah menghadiri ceramah PAS seperti didakwa Ali Rustam," katanya.
Kit Siang menganggap kenyataan Ali Rustam itu berunsur serius dan menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat Ketua Menteri Melaka itu kerana tindakannya.
"Sebagai Ketua Menteri, beliau patut dianggap sebagai contoh dalam mempromosi keharmonian antara kaum dan agama bukannya mencetuskan ketegangan dan saya anggap ia sebagai asas bagi seseorang pemimpin," katanya lagi.
Menurut Kit Siang, Polis Gua Musang memberitahu tiga wakil rakyat DAP iaitu ADUN Pasir Pinji Thomas Su, ADUN Bahau Teo Kok Seoang dan ADUN Jalong Leong Mee Meng semasa membuat laporan ke atas Berita Harian dan Ketua Pemuda Umno Putrajaya Mohd Hishamudin Yahaya kerana membuat laporan polis palsu bahawa Berita Harian akan memohon maaf dan laporan itu adalah kerana 'Silap Tulis'.
"Saya tidak boleh fikir bagaimana 'silap tulis' boleh menjadi alasan justifikasi ke atas laporan yang berniat jahat, tidak bertanggungjawab dan berunsur menghasut untuk menimbulkan kebencian bangsa dan agama dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama kita dan bertentangan dengan Polisi 1 Malaysia PM Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Peguam beliau Karpal Singh amat memandang serius perkara ini dan menyatakan Berita Harian telah melanggar Akta Percetakan dan Mesin Cetak 1974 kerana mengeluarkan kenyataan palsu.
"Laporan polis yang dibuat Thomas Su dan yang lain boleh sudah membolehkan polis melakukan penyiasatan mendalam tanpa berlengah.
"Saya akan menggunakan Cuti Deepavali dan hujung minggu ini untuk memberi keutamaan perkara ini. Tindakan ini akan difailkan pada Isnin jam 2.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta," katanya.
Mohd Ali Rustam merupakan Ketua Menteri Melaka yang kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden Umno yang lalu.-TVS (RadziRazak)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment