Monday, November 29, 2010

Setelah Ahli-Ahli Yang Mabuk Kuasa Dan Jawatan Meninggalkan Parti, PKR akan Lebih Kuat Dan Matang


PKR Lebih Kuat Dan Jitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Parti keadilan Rakyat akan lebih kuat dan jitu selepas melalui proses pemutihan dalaman yang menyaksikan ahli-ahli yang mabuk kuasa dan jawatan meninggalkan parti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum lalu mempunyai hikmahnya tersendiri dalam memastikan PKR dibersihkan daripada pengkhianat-pengkhianat perjuangan, kata beliau selaku ketua umum parti.

"Ini ada hikmahnya...kerana tahap calon masih belum begitu baik..memang terbukti, lepas tujuh bulan saya kata yakin akan 'masuk' putrajaya, semuanya kata sokong, bila tak 'masuk' semuanya lompat...nawaitunya hanya jawatan dan kontrak sebab itu baguslah dia lompat... supaya kita bersihkan jentera parti," katanya lagi.

Dalam amanatnya kepada Kongres nasional parti itu, Datuk Seri Anwar berkata segala serangan, fitnah dan tohmahan anjuran Umno terhadap PKR penting untuk memperlengkapkan parti itu menghadapi musuh politiknya pada pilihanraya umum akan datang.


"Kita perlu yakin dan ikhlas kerana tak mungkin media yang dibawah kawalan Umno akan menyokong kita..12 tahun Umno mencari jalan menghapuskan tentangan...ribuan rakyat dizalimi dan ini semua kerana kekeciwaan besar mereka kerana kongres kita berjaya diadakan dan yang hadir lebih daripada 95 peratus cabang," katanya dan disambut dengan tepukan geuruh perwakilan.

Anwar juga membidas Umno kerana cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalannya membela nasib kaum Melayu yang merangkumi 90 peratus daripada keluarga miskin tegar di Negara ini.

"Jawapan di parlimen 2007, penyiasatan pendapatan isirumah, yang termiskin 673 ribu isirumah dan yang kaum melayu hampir 650 ribu yakni lebih 90 peratus jadi siapakah sebenarnya pengkhianat negara," ujar beliau lagi

Ketua Pembangkang itu menggesa ahli dan pemimpin merapatkan saf untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun depan.

Beliau berkata setiap ahli parti harus mempunyai keikhlasan sebagai cirri utama untuk mengangkat perjuangan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.-TVSNews


Setelah anda membaca artikel ini, sila beri sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...