Monday, November 22, 2010

Pemilihan PKR 2010 - Angkara Zaid Proses Pemilihan Jadi Masalah

YB Abdullah Sani
Zaid Ibrahim Watak Cemar Pemilihan PKR 2010
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim disifatkan watak utama yang mencemar proses pemilihan PKR 2010, kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata tindakan Zaid berundur daripada saingan timbalan presiden dan kemudiannya keluar dari parti memberikan media arus perdana kawalan Umno peluru untuk menggambarkan parti itu seolah-olah dalam krisis, namun hakikat adalah sebaliknya.

" Zaid Ibrahim diambil sebagai watak utama untuk diperanankan menjadi pencetus kepada huru-hara ini tetapi yang jelas ialah, rakyat tidak terima kerana rakyat tahu siapa Zaid Ibrahim sebenarnya.

" Saya boleh katakan dia seorang pengkhinat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dia dapat.Seorang yang tidak tahu bersyukur, tidak sedar diri, di mana kesannya tidak ada langsung dalam pemilihan. Kalau Zaid ada atau tidak ada pun, lebih kurang sama sahaja," kata Abdulah lagi.


Walaupun diberi peluang untuk menjadi calon PKR pada pilihanraya kecil Hulu selangor dan menjadi memimpin PKR wilayah persekutuan serta menjadi ahli biro politik parti, Zaid mendakwa beliau tidak diberi tempat dalam kepimpinan PKR.

Lalu beliau menarik diri dari saingan untuk menjadi timbalan presiden dan mahukan Datuk seri Anwar Ibrahim dan pencabarnya Azmin Ali untuk berundur dari parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali, mengimbas bahawa Zaid memperhebatkan kritikannya terhadap kepimpinan parti apabila undi yang diterima menunjukkan penurunan berbanding dengan sokongan yang diterimaoleh Azmin.

" Corak ini hampir serupa semasa pengundian untuk pemilihan. Bila mula-mula kelantan, Kedah dan sebagainya,lebih banyak undi Zaid, waktu itu dia diam, tidak sebut tentang perkara-perkara buruk yang berlaku tetapi bila dekat dengan kawasan-kawasan masalah dia,pengundian dia mulai menurun dan Azmin naik.

" Dia menyangka dia mendapat banyak undi ari Sabah, sebagaimana dia menyangka dia mendapat banyak pencalonan di Sabah tapi dia tidak dapat.

" Tapi bila nampak itu, itu yang membuat dia kelihatan membuat keputusan untuk berundur.Dia tahu dia akhirnya kalah," kata Syed Husin lagi.

Jika Zaid mengharapkan tindakan beliau berundur dari PKR berkuat kuasa 16 Disember akan memberi kesan kepada pemilihan parti, beliau silap langkah." Sebelum Datuk Zaid menarik diri dari pertandingan, anggota yang keluar mengundi lebih kurang 9 peratus, selepas beliau menarik diri, jumlah itu tidak naik mahupun turun," kata Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PKR, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin pula.-TVSNews
Setelah anda membaca artikel ini, berilah sedikit komen dan ulasan anda - Martoiriat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...