Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Saturday, November 13, 2010
Pemimpin Pas Yang Sudah Lanjut Usia Perlu Digugurkan
Jangan Letak Calon Tua Yang Kalah Bertanding - Nasarudin
PAS akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika terus meletakkan calon yang sudah beberapa kali kalah bertanding, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
Sebaliknya, kata beliau kerusi tersebut diberi kepada calon baru terutama dari kalangan Pemuda.
"Kalau sudah kalah tiga atau empat kali, orang seperti ini tidak boleh diberi peluang lagi bertanding dalam pilihanraya.
"Pemimpin yang sudah lanjut usia perlu digugurkan dan beri peluang kepada orang muda," katanya ketika dihubungi hari ini
.
Nasharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai risiko parti Islam itu terus meletakkan calon yang sama setiap kali pilihanraya walaupun telah kalah.
Menjadi tradisi PAS, memberi peluang kepada calon yang sama dalam setiap kali pilihanraya.
"Meletakkan calon yang sama dalam setiap kali pilihanraya telah memberi gambaran negatif kepada parti itu.
"Masyarakat terutama sekali generasi muda akan memberi gambaran bahawa PAS ketandusan pemimpin. Ini boleh menghakis keyakinan meerka terhadap PAS.
"Dari segi parti pula ia menghalang pertumbuhan tunas atau pemimpin baru yang boleh memberi khidmat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.
Nasharuddin juga berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian kerana kira-kira 50 peratus merupakan pengundi muda.
Katanya, era politik negara kini di mana orang bercakap mengenai transformasi dan ini bermakna memerlukan pemikiran baru dari golongan muda.
"Jadi Pemuda berharap kami diberi lebih banyak kerusi – DUN atau Parlimen – dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.
Kalau 2008, kata Nasharuddin Pemuda bertanding di 50 kerusi, harapan kami supaya lebih banyak kerusi diberi kepada Pemuda dalam pilihanraya umum akan datang.
Beliau juga menegaskan sikap Pemuda ini tidak bermakna pergerakan itu mahu melupakan jasa tokoh veteran parti- FMT
Setelah anda membaca artikel ini, sila beri komen dan ulasan - Martoiriat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment