Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sikap liat Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu juga membuktikan kepupusan daya kreativiti pemimpin Umno-BN.
Husam menambah, terkesan dengan reaksi positif rakyat dengan cadangan yang dibawa Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, Najib terpaksa mengelirukan rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion.
“Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.
“Bukan RM43 bilion seperti yang disebut Perdana Menteri,”jelasnya dalam satu kenyataan media.
Mengulas lanjut, Husam mempersoalkan kewajaran Najib memberi angka yang silap dan mengelirukan rakyat.
Tambahnya, gambaran bahawa negara tidak mampu menanggung pembayaran pinjaman sejumlah RM43 menunjukkan Najib tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi ‘undertaking’ dan menjadual semula pinjaman.
“Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?.
“Jumlah keseluruhan 28 bilion sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa,”ujarnya.
Husam mencadangkan, untuk mengatasi masalah ini kerajaan memberi jaminan pembiayaan tahunan setara dengan jumlah yang ditanggung PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada badan tersebut.
“Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan Kerajaan Pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu,”ujarnya.-Selangorku
No comments:
Post a Comment