Wednesday, April 4, 2012

Harap BN hapus rasuah macam minta sisik ikan keli


             Nampaknya hendak mengharapkan kerajaan BN menghapuskan rasuah seperti meminta sisik daripada ikan keli,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
              Beliau berkata, buktinya dengan amaran yang diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegur Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

Nazri mengulas kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lepas bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi Pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi.


Akhirnya, kata beliau SPRM dikambinghitamkan oleh orang ramai apabila kes-kes yang melibatkan berprofil tinggi dipendamkan.

“Hanya yang diseretkan ke mahkamah hanya singa tua yang tidak ada gusi lagi, seperti Tun Lim Liong Sik kes Port Klang Free Zone (PKFZ), Datuk Seri Dr Khir Toyo, Datuk Kasitah Gadam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kesannya, tambah beliau seperti laporan Transparency International Malaysia mendedahkan hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Malaysia jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah.

Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Abdullah, ranking TI CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga dari 37 pada 2003 kepada 47 pada 2008 manakala CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1.

Najib pula katanya, dalam tempoh dua setengah tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI terburuk; jatuh sembilan anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari kedudukan 47 pada tahun 2008 kepada 56 pada tahun 2009.

Pada tahun 2011 pula, ranking TI CPI Malaysia jatuh 13 anak tangga dari kedudukan 47 kepada 60 di bawah pentadbiran Najib.
template joomla

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...