Thursday, April 12, 2012

AMK: PTPTN Di Jadikan Isu Perkauman Oleh UMNO

 
                 Isu perkauman yang cuba ditakut-takutkan oleh Kerajaan Umno-BN jika PTPTN dimansuhkan jelas sekali membuktikan Umno-BN ketandusan isu dan tidak mengkaji Perlembagaan Malaysia.
                 Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata kenyataan yang dibuat oleh Umno-BN jika memansuhkan PTPTN akan menyebabkan orang-orang Melayu semakin mundur dan ketinggalan adalah tidak masuk akal.

” Isu pemansuhan PTPTN telah menjadi modal politik Umno-BN untuk mencetuskan isu perkauman dikalangan orang Melayu dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” jelas beliau ketika dihubungi hari ini.


Menurut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, menjadi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan Bumiputera.

Sehubungan itu, artikel ini juga menyebut, Kerajaan Pusat ditugaskan untuk melindungi kepentingan Bumiputera dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

Justeru itu, telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan pendidikan yang sepatutnya dinikmati oleh golongan Bumiputera.

Beliau turut berkata, sistem pendidikan yang digunapakai sekarang ini jelas membebankan pelajar kerana dibebani hutang yang tinggi selain akan turut mempengaruhi masa depan pelajar terbabit.

” Pelajar akan dibebani hutang sehingga 20 tahun kerana melanjutkan pelajaran sedangkan matlamat pendidikan itu sendiri untuk menyediakan setiap rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan,” tambahnya lagi.

Selain itu, beliau turut menyatakan AMK akan menyokong Perhimpunan amam Mansuhkan PTPTN yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 14 April ini.

“Seluruh jentera AMK di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan akan bersama mahasiswa untuk menyertai perhimpunan aman ini,” katanya.-Selangorku

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...