Saturday, April 7, 2012

PKR arah seluruh ahli sertai Bersih 3.0

      
           Parti Keadilan Rakyat hari ini turut mengarahkan seluruh anggotanya menyertai himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 pada 28 April ini.
                 Kenyataan arahan dan sokongan terhadap Bersih itu dikeluarkan tiga Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzak Anwar, Tian Chua dan N Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, PKR sehingga kini bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi.



Ianya termasuklah Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang didakwa menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai.

Selain itu juga dakwa mereka, lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi.

Mereka juga turut mempersoal 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih.

Malah kata mereka, ada juga kes di mana lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih.

"Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota PKR di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 di maana sahaja perhimpunan ini diadakan," tegas kenyataan itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...