Saturday, April 7, 2012

‘Hanya 1 daripada 8 tuntutan Bersih ditunaikan’


                Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu kerana hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).
                Mohamad berkata tujuh tuntutan lain langsung tidak dimasukkan dalam laporan 22 cadangan yang diusulkan PSC.

“Ini kerana dari lapan tuntutan hanya satu ditunaikan iaitu celup jari (dakwat kekal).

“Yang lain langsung tidak dipedulikan bahkan daftar pemilih paling kotor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut semalam.


Selain dakwat kekal, Bersih turut menuntut SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, memberikan akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima selama 21 hari, pemerkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Selain memberi perbandingan jelas antara Malaysia dengan Myanmar, Mohamed berkata negara ketinggalan jauh dalam penambahbaikan sistem pilihan raya berbanding negara itu yang mengamalkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Bersih pada 4 April lalu mengumumkan himpunan ketiga bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil akan berlangsung 28 April ini di Dataran Merdeka.

Himpunan itu akan bermula jam 2 petang dijangka berlangsung serentak di beberapa lokasi lain dalam Malaysia dan juga seluruh dunia.

Ia juga adalah lanjutan daripada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan penglibatan puluhan ribu rakyat bagi menuntut lapan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...