Wednesday, April 11, 2012

10,000 anak muda setiap negeri ke Bersih 3.0

Duduk dan Bantah secara aman, suatu hak rakyat untuk lahirkan suara hati ...



              Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini.
              Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, ini bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan.

“Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian pilihan raya negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Selama ini, katanya anak-anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem piliharaya melalui alam maya.

Menurutnya, mereka berkumpul membentuk gelombang siber kerana jumlah mereka terlalu ramai.

“Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian cyber untuk Duduk dan Bantah di Dermaga Pada iaitu di alam nyata dan tempatnya telah ditetapkan di Dataran Merdeka bukan lagi di alam maya.

“Insya Allah, DPP Negeri dan kawasan akan bantu membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang kita miliki. Kita juga akan bergandingan dengan Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY untuk memastikan sasaran dan objektif tercapai,” ujarnya.

Jelasnya, Duduk dan Bantah konsepnya aman, suatu hak rakyat untuk lahirkan suara hati sekaligus menyentap perhatian pihak berwajib agar melakukan perubahan setelah mereka tetap berdegil sejak sekian lama meskipun pelbagai laporan, desakan dan tuntutan dibuat ke arah itu.

“8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Bersih 3.0 adalah kelangsungannya,” ujarnya.-Hrkhdly

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...