Wednesday, April 18, 2012

Ingat Zahid, apa kamu kata kepada Sultan Kelantan

  
            “Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
              Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.

“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu.


Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.

“Bukankah Zahid Hamidi orang yang pernah keluar kenyataan yang biadab kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengatakan baginda tidak layak menduduki takhta Sultan?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau Zahid lupa, beliau boleh merujuk Berita Harian bertarikh 11 Februari 1993.

“Siapa Zahid? Adakah beliau Ahli Majlis yang terlibat menentu seorang Raja?

“Adakah Zahid keturunan Raja sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” tanya Idris lagi.

Beliau berkata, Tan Sri Rahim Tambi Chik juga pernah menyatakan supaya amalan panggilan patik yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan menyatakan "saya Tuanku" sebagaimana laporan Berita Harian pada 3 Februari 1993.

“Isu ini sengaja dibangkitkan melalui media sebagai usaha untuk menunjukkan Pakatan Rakyat benci kepada institusi Raja manakala Umno pula dilihat pembela institusi Raja,” ujarnya.

Walaupun hakikatnya, kata Idris satu dunia tahu bahawa pemimpin Umno dan media Umno memperalatkan Islam, Raja dan Melayu untuk modal politik ketika parti itu tersepit.
Faktanya, tambah beliau selama ini ketiga-tiga perkara itu Umnolah yang khianat.

Menurutnya lagi, mereka akan berlakon sebagai hero dan pembela kepada tiga institusi itu ketika nyawa Umno berada di hujung halkum.-Hrkhdily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...