Saturday, April 21, 2012

Perbicaraan skandal pembelian Scorpene bermula

(Dr Kua, Cynthia Gabriel dan Breham yang mewakili Suaram di perkarangan Mahkamah Perancis)
               Suaram telah memulakan permohonan mereka kepada Tribunal Besar Perancis bagi membicarakan skandal rasuah pembelian Scorpean hari ini.
                Suaram yang diwakili ahli lembaganya iaitu Dr Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa membuat permohonan itu di depan hakim Roger Le Loire melalui peguam Joseph Breham.

Suaram membawa kes ini bagi pihak pembayar cukai Malaysia untuk mendedahkan dakwaan komisyen telah dibayar sebanyak lebih RM7 bilion dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Dr Kua telah membentangkan kes itu bagi pihak Suaram.


Penyiasatan yang dibuat oleh pendakwa Perancis sehingga kini menyalahkan pegawai Malaysia dalam kes ini.

Menurut Peguam Joseph Breham pula, penyiasatan dipihak Perancis berhubung komisyen Scorpene ini pula menjurus kepada pegawai Malaysia yang tertentu.

"Bagi kami untuk mencapai tahap ini, satu usaha yang sangat sukar, dimana komsien Scorpene adalah skandal rasuah yang terbesar di Malaysia sejak akhir-akhir ini," kata Brehem.

Berdasarkan kepada bukti yang ditunjukkan kepada Suaram yang bertindak sebagai pihak pengandu dalam kes ini, mereka mempunyai bukti yang cukup untuk menyabitkan pegawai Malaysia tertentu.

Berdasarkan permintaan dari Hakim Le Loire, Suaram mencadangkan Abdul Razak Baginda, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi, PI Balasubramaniam, Setev Shariibuu, Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin and Mazlinda (isteri Abdul Razak) sebagai saksi.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...