
Rakyat tidak akan bangkit sekiranya kerajaan yang adil. Rakyat akan bangkit jika pemerintah itu zalim, perasuah, jahat serta khianat kepada rakyat. Apabila rakyat takut kepada kerajaan, itu tandanya penindasan tetapi apabila kerajaan hormat kepada rakyat itu tandanya ketulusan demokrasi.
Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat "dijajah" di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.
Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.
Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?