Thursday, May 26, 2011

Video fitnah: Kenyataan Hishamuddin berniat jahat- Fariz

        “Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri KDN, Hishamuddin dan Perdana Menteri sebelum ini, semuanya berpihak kepada Datuk T dan mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk jatuhkan Anwar,”
         “Jelas melihatkan perancangan rapi ini sebenarnya bermula daripada pihak atasan. Saya percaya bahawa bukan trio Datuk T sahaja yang terlibat tetapi ada beberapa individu yang diberikan peranan dalam kes ini.  

Artikel penuh kenyataan Fariz Musa ..
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengenai siasatan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan berniat jahat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, kenyataan tersebut menjurus kepada usaha untuk mendakwa Anwar meskipun siasatan polis sepatutnya kepada pihak yang menayang dan menyebar video itu.


“Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri KDN, Hishamuddin dan Perdana Menteri sebelum ini, semuanya berpihak kepada Datuk T dan mereka sebenarnya memang berniat jahat untuk jatuhkan Anwar,”

“Jelas melihatkan perancangan rapi ini sebenarnya bermula daripada pihak atasan. Saya percaya bahawa bukan trio Datuk T sahaja yang terlibat tetapi ada beberapa individu yang diberikan peranan dalam kes ini.

Namun mereka tidak akan dikenakan tindakan,” katanya kepada Keadilandaily.com
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hishamuddin yang disiar dalam New Straits Times bertarikh 22 Mei lalu.

Dalam kenyataan itu Hishamuddin berkata mereka yang membuat laporan polis bagi menafikan terbabit dalam kes itu, juga tidak terlepas dari berhadapan dengan undang-undang.

Dalam laporan tersebut Hishamuddin dipetik berkata “Jangan fikir hanya segelintir akan didakwa dan selebihnya dilepaskan. Semua yang didapati bersalah akan didakwa,”.

Beliau turut menyebut bahawa klip video tersebut telah disahkan pakar dari Amerika Syarikat sebagai tulen.
Hishamuddin juga dilapor berkata kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, polis hampir selesai melakukan siasatan ‘secara profesional’ dan beliau telah mengarahkan pihak keselamatan itu untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum keputusan siasatan diumumkan.
Pada 21 Mac lalu, trio Datuk T yang terdiri dari ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua

Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video berkenaan kepada wartawan terpilih di sebuah hotel di ibu negara.

Sehari selepas itu, Datuk Seri Anwar membuat laporan polis menafikan sekerasnya lelaki dalam video itu adalah beliau dan menyatakan ia konspirasi terbaru untuk memusnahkan reputasinya.

Sehingga hari ini, polis masih tidak menangkap trio berkenaan yang sepatutnya dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menayang video lucah.

Polis juga gagal menangkap blogger pro Umno yang menyiarkan video itu di internet dan mereka yang mengedarkannya di seluruh negara, termasuk di masjid-masjid.-KDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...