Utusan Malaysia menyalakan api perkauman
Seluruh negara gempar apabila Utusan Malaysia beberapa hari lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Sementara umat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk Justeru itu Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat
Kenyataan selanjutnya dari Ketua Pemuda Pas ...
Pemuda PAS pusat menyifatkan dakwaan Utusan Malaysia semalam bahawa wujud konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sebagai “spekulasi sangat tidak bertanggungjawab ” Selain berpotensi menggugat keamanan kata sayap PAS itu spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan sekali gus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama Islam
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata spekulasi yang dicetuskan Utusan Malaysia menerusi laporan muka depannya bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional BN selaku pemerintah ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama “Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperoleh hak hidup aman dan sejahtera ” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini
Katanya seluruh negara gempar apabila Utusan Malaysia beberapa hari lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini
“Suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini
“Sementara umat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk Justeru itu Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat ” katanya lagi
PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan BN kata Nasrudin
Malah katanya kegigihan dan kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya
“Sungguhpun PAS menyertai kerjasama politik bersama parti- parti rakan kompenan Pakatan Rakyat namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini ” kata beliau
Malah pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas daripada cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga BN yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah mengurus dan mentadbir negara
“Andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan kata Ketua Pemuda PAS pusat ini “Sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti ” tambah beliau
Justeru kata Nasrudin beliau melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah
“Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili BN untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat ” katanya
Nasrudin menambah “malang sungguh malang seribu kali malang” apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot “Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul “Bahkan dalam masa yang sama penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka ” katanya.-TMI
No comments:
Post a Comment