Sunday, May 1, 2011

Sumpah Laknat : NUJ Bidas Utusan, Berita Harian

Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah,  itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi
Artikel selanjutnya di bawah ini ...
Kesatuan Wartawan Kebangsaan menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hatta Wahari berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam."


"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” tambah beliau.

Justeru Hatta bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum Qazaf.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebelum ini telah membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T, namun ia tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa 4 orang saksi,"ujarnya.

Namun, Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah bertujuan untuk membunuh karektor politik Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Malah ujar Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar daripada landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar. Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung,"tegasnya.

Tambah Hata lagi, sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus perdana beliau menyeru mereka supaya kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah, beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan Malaysia dan Berita Harian supaya menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka serta kembali kepada prinsip media yang sebenarnya.-Tvsn

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...