Sepatutnya Hishamuddin terus bertindak dengan memberi arahan kepada pihak polis terhadap ketiga Trio ini. Mengapa susah sangat nak ambil tindakan mengikut undang-undang yang tersedia ada. Kenapa sampai bertindak double standard sedangkan Anwar telah pun membuat aduan kepada polis. Ini yang menjadi persoalannya.
Kenapa trio ini masih lagi bebas.? Ini membolehkan rakyat membuat andaian bahawa Trio ini dilindungi oleh pemimpin peringkat tertinggi. Jika mengikut undang-undang negara yang tersedia ada, pembuat, pengedar, pembawa dan penayang Video Seks Lucah adalah salah disisi undang-undang negara. Seharunya ditangkap dan didakwa.
Justeru itu, katanya, Anwar mempunyai sebab untuk mengatakan polis turut terlibat dalam video fitnah berkenaan, memandangkan pihak polis berusaha melengahkan siasatan dan menangkap Trio Datuk T- dalang yang menyebarkan video itu.
Johari berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien, yang mahu menyaman Anwar kerana mengaitkan beliau dalam isu itu.
“Apa sebenarnya keutamaan Hishamuddin dalam menangani kes video hitam putih ini.
membuat sidang media mengakui mereka terlibat dalam tayangan video seks ini.
Anwar juga telah membuat laporan. Jadi apa bukti yang kamu (polis) hendak lagi.
“Sepatutnya Hishamuddin ambil tindakan dengan mengambil prosedur biasa mengikut undang-undang, seperti juga kes-kes yang lain apabila seseorang mangsa mengadu, dan saspek telah mengaku. Polis kena ambil tindakan dengan menyiasat dan mendakwa dia (Trio Datuk t),” ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Menurutnya, trio Datuk T telah secara terang mengaku mendedahkan video tersebut kepada orang ramai, yang nyata bercanggah dengan undang-undang iaitu Seksyen 5, Akta Penapisan filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayang video lucah.
“Itu (polis bertindak) terlalu lambat. Pada 21 Mac video ditayangkan, seminggu tak ada apa lagi (tangkapan). Kalau sebagai pemimpin, sudah tentu Anwar mempunyai kecurigaan mengatakan polis terlibat.
“Oleh kerana polis lambat bertindak dan orang yang kena fitnah ini (Anwar) merasakan polis mengambil kes ini sambil lewa, sudah tentu dia mempunyai pemikiran bahawa kelewatan ini ada hubungkait dengan polis.
“Ini soal maruah. Dia (Anwar) mempunyai sebab musabab yang tinggi untuk mempercayai kelewatan polis bertindak dengan membuat kenyataan besar kemungkinan polis terlibat,” tegasnya lagi.
Sementara itu, Naib presiden KEADILAN, Dr Mansor Osman pula berkata, beliau yakin Anwar tidak gentar dengan ancaman tersebut.
“Kalau benar, biarkan sahaja dia memfailkan saman. Kemudian kita, rakyat Malaysia boleh melihat kemampuannya sama ada wujud bukti bahawa polis tidak berpihak kepada kerajaan yang memerintah,” kata Mansor.
“Apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional akan ‘backlash’ kepada mereka, sehinggakan Barisan Nasional sesama mereka sendiri tidak yakin dengan isu tersebut.
“Manakala sokongan rakyat semakin tinggi terhadap kita. Ahli KEADILAN semakin teguh pendirian untuk mempertahan parti,” kata Mansor.- k/daily
No comments:
Post a Comment