Friday, May 6, 2011

Dr Juanda jangan gopoh

            Penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat seharusnya ditolak oleh PAS. Selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun, apa yang mereka tidak kata pada PAS, mencaci, mencarut, bertopengkan Islam dan akan dikenakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan (PAS) jika dilaksanakan hudud. Setelah mereka tersepit, mereka gunakan jurucakap berlesen untuk dicanangkan perpaduan melayu .
           Bercakap soal perpaduan Melayu pula dalam masa yang sama tabiat jahat tidak  pernah dibuang, malah isu royalti minyak dipolitikkan untuk kepentingan mereka. Tuntutan royalti minyak hak rakyat didiskriminasi pada Kelantan sehingga kes ini dibawa ke Mahkamah  Sedangkan rakyat kelantan 95% penduduknya orang-orang melayu.  Apabila kehilangan sokongan melayu, isu perpaduan melayu dimain dan diputar belitkan untuk kepentingan politik dongeng mereka. Cukuplah .. harap-harap jangan PAS ditipu kali kedua..

PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.

Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.


Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

“PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.

Katanya, ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.

“PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.

“Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi,” ujarnya.-Hrkh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...